Thursday, December 9, 2010

kira nya itu AZAM mu ?

>  "Shah! Tak kan kita nak lepak kat sini aje" Eikha menarik lenganku.
> Aku memandang dirinya. Kesian tengok mukanya yang boring.
>  Sebenarnya malam ini adalah malam tahun baru untuk 2003. Tiba-tiba
> rasa nak mengajak Eikha menyambut malam ini bersama. Bila tengok orang
> yang
> terlalu padat di sekitar KLCC aku jadi malas nak masuk kesesakan
> tersebut.Lantas kami berdiri di bahu jalan dan melihat dari jauh. Hari
ini
> Eikha mengenakan skirt hitam paras lutut, sehelai T-shirt sendat biru
> terang
>
>  dan baju kain kapas bewarna hitam untuk menutup badannya dari
> kesejukan. Bukannya sejuk malam-malam begini. Sudah menjadi kemestian
> baginya menyarung baju tersebut setiap kali kemana-mana.
>  "Shah! You dengar tak, masuk tadi dah lima orang tanya kat You jalan
> ke sana ke sini, ke Hotel Concorde lah, ke Pudu Raya lah.... Eh!..
> boringlah
> I" aku kerling gadis tu semula. "I tengah call member I ni, dia kata ada
> kat
> sini tapi tak dapat ni" memang aku sedang ligat mendail nombor telefon
> Hazimi teman sepejabatku. Tak cukup talifon bimbitku, talifon bimbit
Eikha
> aku guna, pelik malam ini susah sangat nak buat call, kami dah janji nak
> jumpa sekitar KLCC. Hazimi bersama tunangnya. Dan aku...Eikha...Eikha
> sebenarnya bukanlah
>  kekasihku...Cuma salah seorang kawan wanita yang agak rapat
> denganku. Kami dah 2 tahun mengenali antara satu sama lain. Setelah penat
> mendail....
>  "Jom, kita ke Bukit Bintang sahajalah..lepak kat tepi-tepi tu, lama
> tak lepak kat situ" Aku terus melangkah sambil menolak perlahan pinggang
> Eikha. Eikha pulak tanpa malu terus menyentuh lenganku. Ah...dia
> sememangnya
> sudah biasa menggenggam lenganku.....
>  "Apa azam you ?" Aku merenung wajahnya. Eikha hanya memandang
> sekilas wajahku dan terus merenung kereta-kereta yang lalu di hadapan
> kami.
> Jalan agak sesak. Maklumlah kiri kanan dipenuhi dengan macam-macam club
> dan
> disko.
>  "Azam tahun baru? ... I harap tahun ini I akan lebih serius dengan
> kerja dan dapatkan apa yang I inginkan sejak dua tahun yang lalu" Eika
> merenung wajahku, aku hanya membiarkan dan mengalihkan kedudukan kaki
> kanan
> ku, rapat di kakinya. Aku malas nak tanya apa yang Eikha inginkan dari
dua
> tahun yang lalu, sebab tahun lepas bila aku hubunginya dan tanya
azamnya..
> jawapannya tetap sama, nak dapatkan apa yang dia inginkan setahun yang
> lalu.
> Agaknya kalau aku tanya dia pada 2004 nanti, dia akan kata nak dapatkan
> apa
> yang dia inginkan 3 tahun yang lalu. Aku pernah tanya padanya ketika kami
> menyambut harijadinya... dia hanya merenungku dan tersenyum sahaja.
>  Jam 4 pagi aku menghantar Eikha pulang. Antara rumahku nak ke rumah
> Eikha mengambil masa 20 minit. Sudah dua kali kami keluar aku
> menjemputnya.
> Kalau dulu, Eikha akan memandu Satrianya ke rumahku. Tapi semenjak
> kejadian
> cermin keretanya pecah di tengah-tengah jalanraya menuju ke Gombak dari
> Melawati, dia jadi takut untuk ke rumahku sendirian pada waktu malam.
> Kesian
> dia, aku juga yang bersusah payah menguruskan keretanya. Baru aku sedar
> selama ini Eikha hanya mengharapkan abang-abangnya sekiranya ada apa-apa
> berlaku ke atasnya. Ketika itu pula abangnya pulang ke kampung.
>  "Shahrul... tadi Datuk Jihad call, dia suruh engkau siapkan tender
> tu malam ini juga" Pagi Isnin adalah suatu yang memboringkan. Arahan yang
> disampaikan melalui Kak Ziah ku terima dengan sebuah keluhan..Ops!...kata
>  orang tak baik mengeluh, nanti rezeki lari ...Matanya terus
> mengekori langkah Kak Ziah. Tiga buah buku tender kerja-kerja pembinaan
> lebuhraya di Bangi di buka semula. Sebahagian dari harga-harga tersebut
> telah di isi cuma perlu dikira dan disemak semula mengikut harga pasaran
> yang terkini. Dia masih lagi menunggu beberapa harga dari pembekal.
> Alamatnya
>  malam ni dia akan berkampung dipejabatnya sampai esok pagi.
> Kenapalah tender ini perlu ada tiga Alternatif..kan ke menyusahkan.
>  "Apasal engkau tak cari aku malam semalam" Hazimi menepuk bahuku...
>  "Tolong sikit...dah naik merah jari telunjuk aku dail no telefon
> engkau...."
>  Hazimi tersenyum-senyum sambil menarik kerusi menghala ke meja ku... 
>  "Eh!..engkau pergi dengan siapa? "
>  "Aku pergi dengan member aku" ..jawabku bersahaja, mataku ligat
> mencari pemadam pensil di atas meja. "Iyalah..member engkau, yang mana
> satu"
>
>  "Eikha!" jawabku ringkas.
>  "Eikha... yang mana ye" Hazimi bertanya lagi
>  "Ei!...engkau ni tak de kerja ke... engkau tak kenal lagi..ingatkan
> malam tu aku nak kenalkan..." aku mencapai mesin kira-kira di atas meja
> sebelah.....meja studio....
>  "Aku tengah tunggu harga dari Mr. Goh...... korang couple ke?"
> Hazimi mencungkil lagi.
>  "Tak dahlah" jawabku jujur... "Shah...sebenarnya aku nampak korang
> malam tu..tapi malas nak ganggu..engkau tahulah tunang aku, pantang nampak
> perempuan yang lebih cantik darinya yang aku kenal..walaupun awek kawan
> sendiri..kalau boleh nak dia aje orang puji kalau tak merajuk " aku
> berhenti mengira, terus kudongak sedikit kepala memandangnya.
>  "Entah apa-apalah tunang engkau... tak pasal-pasal aku dengan Eikha
> boring..tak tahu nak kemana. Kalau jumpa engkau panjang sikit langkah
> malam tu..paling lekeh pun naik Genting Highland , naik Bukit SAGA ke lepak kat atas...."
> "Aku cakap kat tunang aku, awek yang engkau bawak tu cun gila..comel
> aje mukanya, kalaulah si Syimah tu tak ada dah lama aku sangkut kat Eikha
> tu...Eh..betul ke engkau tak ada apa-apa dengan dia? Semacam aje rapat
>  korang " Uh!...soalan yang bertubi-tubi .....jangan harap aku nak
> jawab.Hazimi cuba membayangkan sekali lagi wajah Eikha..... tiba-tiba aku
> rasa seperti ada satu naluri yang aku sendiri tak pasti lalu di hati
> aku.Cemburu.... Entah.
>  Suasana senyap sebentar. Hazimi terus bangun dari tempat duduknya
> apabila terlihat kelibat Project Manager bahagiannya. Dalam syarikat ini
> sebenarnya terdapat 6 anak syarikat yang beroperasi. Hazimi lebih
>  kepada kerja-kerja bangunan, manakala aku pula lebih kepada
> kerja-kerja pembinaan lebuhraya. Kebetulan pula kami ditempatkan di
> syarikat yang sama setelah hampir 5 tahun tidak bertemu selepas keluar dari UTM Skudai
> Johor. Manakala Eikha pulak ku kenal melalui Imran teman serumahku.Eikha
> juga bekerja dalam bidang yang sama denganku iaitu pembinaan. Cuma
>  dia lebih kepada kerja-kerja bekalan untuk Hiasan Dalaman. Sebagai
> seorang Eksekutif Pemasaran, dia kelihatan begitu ramah dan berani serta
> bergaya dengan fesyen terkini. Pandai berdikari dan berusaha untuk
>  memajukan dirinya. Walaupun sudah mencecah 24 tahun, tapi wajahnya
> dan dirinya kelihatan seperti gadis 20 tahun. Dia memang cantik tapi aku
> malas nak memujinya. Dah jadi peragainya bila kena puji ...lagak semacam aje...
> 'Kalaulah si Syimah tu tak ada, dah lama aku sangkut kat Eikha tu....'
>  Kata-kata Hazimi terus bermain di kepalanya. Sudah dua minggu tidak
> menemui Eikha. Sesekali ada juga Eikha menghubungiku . Eikha tu seorang
> yang periang. Ada sahaja cerita-cerita lucu yang akan disampaikan dan adakalanya dia akan menjerit kecil bila kukatakan yang dia sudah
> gemuk.Satu tabiat aku bila bertemu dengannya ialah, aku kerap menarik
> pipinya yang tembam tu. Sungguh..aku rasa gembira dan tenang di
> sampingnya.
>  Tapi kami hanya berkawan...dan ku kira terlalu payah untuk ku selami
> hatinya...
>  Malam minggu aku temui Eikha. Wajahnya nampak lebih cengkung dan
> pucat jika dibandingkan malam sambutan tahun baru yang lalu. Tapi dia cuba 
>  lindungkan dengan make-upnya, tapi aku tahu dan nampak sesuatu yang
> ketara di wajah dan tubuhnya . "Eikha... you sihat" soalan yang biasa
> kukatakan setiap kali menemuinya.
>  "Shah! Kan I ada depan mata you ni..I sihatlah" jawabnya sambil
> tersenyum ..
>  "Tapi kenapa you nampak kurus aje" Tanya ku sambil merenung wajah
> dan tubuhnya. Ku bulatkan mataku seperti seorang lelaki jahat merenung satu
>  tubuh wanita dengan penuh ghairah dan.... Buk!...Eikha memukul
> belakangku sambil tangan kirinya mencubit pinggangku.
>  "Sakitlah...mangkuk" aku menjerit. Eikha ketawa dengan
> bersungguh..kadang-kadang aku boleh terlepas cakap, panggil dia
> mangkuklah,
> panggil dia montellah dan macam-macam lagi. Kali ini dia hanya mengenakan
> seluar panjang hitam, T-shirt sendat bewarna hitam menutup lehernya dan
> baju kain kapas bewarna hitam juga untuk menutup tubuhnya.....
> "You ni suka betul warna hitam.. setiap kali jumpa mesti nak pakai
> warna hitam...nak jadi GRO ke" komenku Eikha menjelingku..."Suka hati
> kitalah nak pakai apa" jawabnya selamba, malam tu kami hanya berjalan-jalan
> mengelilingi Taman Tasik Titiwangsa."Shah...sejak Imran kawin...kita terus
> kurang kawan kan....bila nak keluar asyik berdua sahaja" keluh Eikha dengan
> wajahnya yang agak sedih ku kira.Aku akui tu semua...semenjak Imran ada
> komitmen dengan rumah tangganya kami hanya tinggal berdua. Kalau dulu kami
> sering bertiga. Ku kenali Eikha pun melalui Imran.
> "La... you rindu dengan Imran ke" ku tatap wajahnya...
> "Em.. I rindukan kita bertiga bersama" jawabnya jujur. "Bila Imran
> kawin I rasa macam hilang seorang Abang dan kawan...dulu kalau I ada
> problem dialah orang pertama yang I cari, nanti kalau you pulak dah kawin I
> tak ade sapa-sapa lagi kan?" suara Eikha agak perlahan. Aku juga rindukan
> suasana kami bertiga. Tapi nak buat macam mana.
>  "Hei..dengar sini...." aku menyentuh bahunya... "I mungkin tak macam
> Imran.... tapi I nak You tahu yang I akan jadi pendegar setia You dan akan teman You sampai bila-bila..." aku memujuk Eikha....... Di renungnya
> wajahku.... Dan menyandarkan kepalanya di bahuku...macam sepasang kekasih
> pulak tu.... "Boleh tak you janji dengan I....mulai sekarang kalau you ada
> masalah, I nak you anggap I adalah orang pertama yang mesti dengar..OK"
> Kucapai anak jari kanan Eikha dan ku simpulkan dengan anak jari kananku juga
> sebagai tanda janji kami. Eikha menghadiahkanku sebuah senyuman
> sambil mengganggukkan kepalanya tanda setuju. Malam tu kami sembang dan
> terus sembang sehinggalah kami mencari tempat makan dan pulang ke rumah.
>  "Hello... ni Shahrul kan" "Ye..siapa tu" Tanya ku .....sungguh aku tidak pernah kenal suaranya
> "Em... saya teman serumah Eikha...em..macam ni...Eikha sekarang di
> Hospital Universti KL ...dah seminggu dia masuk Wad...dia minta Shahrul datang hari
>  ini" Pandanganku mula kelam. Sukar untuk ku percaya kerana sepanjang
>  minggu ni kami sering berhubung melalui sms...
>  "Shahrul, datang ye..kami berharap" suaranya yang tadi tenang
> bertukar menjadi sebuah tangisan. Aku terus mendiamkan diri, sehingga
> telefon bimbit ku letakkan di meja, aku masih terus berdiam diri.
>  Pintu bilik terbuka luas. Memang tidak ku kenali siapa-siapa yang
> mengelilingi katil tersebut. Kecuali ibu bapanya kerana aku pernah
> bertandang di rumahnya untuk hari raya . Kelihatan Eikha yang hanya
> terbaring
>  lesu. Senyuman tetap terukir menyambut kedatanganku. Sempat
> dihulurkan tangannya. Ku sambut tangannya...sejuk...seperti memegang
> ais.....Eikha terus  menggenggam tanganku...
>  "Abah.....mama ... em...Ayang kenalkan lagi inilah Shahrul, kawan
> baik Ayang"
>  Kami bersalam untuk kali kedua. Ku lepaskan tangan Eikha lembut dan
> bersalam dengan penuh sopan.Eikha mencapai semula tanganku. Tanpa rasa
> malu.
> "Em..Ayang nak minta izin..Ayang nak berbual dengan Shah..mama" Lemah
> suara
> Eika. Mereka keluar dengan berat hati. Tapi mereka tidak mahu mengecewakan Eikha.
>  "Shah...maafkan Eikha....lama Eikha kat sini tak bagi tahu pada
> Shah" Aku tak puas hati. Nak ku marah aku tak sampai hati. Bibirnya yang
> pucat,wajahnya yang tidak berseri lagi serta badannya yang kurus membuatkan
>  hatiku hiba. Masih ku ingat yang dia bersetuju dengan janji-janji
> kami.Aku nak jadi seorang pendegar yang baik untuknya dan bersama
> dengannya....
>  "Hei...kenapa baru hari ini you beritahu yang You di sini" Aku
> sentuh pipinya, ada sesuatu mengalir di pipinya. Terasa kehangatannya..... 
>  "Shah...dah dua tahun kita kenal..selama ini Eikha tak pernah
> beritahu pada Shah apa Azam Eikha setiap kali masuk tahun baru....hari ini,
> sebelum Eikha menjalani pembedahan...sebelum Eikha tutup mata, Eikha nak
>  beritahu...Shah ingat tak lagi masa mula-mula Imran temukan
> kita....Eikha tak dapat merenung mata Shah sebab Eikha rasa, Eikha dah
> jatuh cinta pada Shah... Selama ini Eikha cuba buang perasaan Eikha jauh-jauh
> sebab Eikha fikirkan hubungan Eikha dengan Razif......hanya Imran yang sudi dengar keluhan
> hati Eikha... bila kita bermesra Eikha jatuh cinta pada Shah...bila
> Eikha menangis di atas perkahwinan Razif , Shah memeluk Eikha dan memberi
> nasihat yang amat bermakna . Sampai sekarang Eikha ingat...dan Eikha jatuh
> cinta pada Shah...bila kita bermesra di Lata Kijang...kita ambil gambar
> berdua...Eikha rasa Eikha jatuh cinta lagi...bila Shah bantu Eikha masa
> cermin kereta Eikha pecah, Eikha rasa terharu dan Eikha jatuh cinta
> lagi...bila Shah datang bertandang di kampung untuk berhari raya, Eikha rasa
> Eikha jatuh cinta lagi..bila kita sambut malam tahun baru...Eikha rasakan
> cinta Eikha pada Shah semakin tebal dan sekarang Eikha tak tahu berapa
> banyak Eikha jatuh cinta pada Shah" Aku terus mendegar dan kira selama ini
> bukan aku sahaja yang membayangkan perkara-perkara ini semua...tapi kenapa
> dari dulu Eikha tak nyatakan....Dan bodohnya aku kenapa tak ku nyatakan
> terlebih dahulu.
>  Badan Eikha yang lemah ku tarik pelahan. Ku rapatkan tubuhnya ke
> dadaku. Eikha menangis dalam pelukanku..
> "Sayang..maafkan Shah...kalaulah Eikha nyatakan hal ini dulu
> ..mungkin semua derita ini tak seteruk sekarang....mungkin kita akan sama-sama rasai
>  keperitan dan kesakitan Eikha...kenapa Eikha rahsiakan penyakit
> leukemia ini? Kan kita dah berjanji ...Shah akan jadi pendegar dan bersama
> Eikha selama-lamanya, kalau inilah Azam Eikha kenapa tak Eikha nyatakan dari 
> dulu lagi" Air mata lelakiku tumpah. Sungguh..aku tidak terfikir
> untuk satu waktu nanti air mataku akan keluar kerana seorang perempuan
> selain ibuku sendiri.
> "Shah..pemindahan sum-sum tulang ini Eikha tak pasti sama ada
> berjaya atau tidak....Eikha agak terlewat untuk mendapatkan rawatan doktor,
> kata doktor keadaan Eikha terlalu kritikal .....sebab itu Eikha terlalu
> berharap dapat temui Shah....baru masuk 1 bulan tahun 2003, Eikha
> dah tunaikan Azam Eikha nak luahkan semua yang terbuku di hati Eikha...."
> Eikha merenung wajahku.... Ku tarik semula tubuhnya...kalau boleh aku tidak
> mahu lepas memeluknya sehingga bila-bila. Oh..tuhan....dugaan jenis apakah
> yang kau singgahkan buatku....
> "Sayang.. I tunggu sampai you habis pembedahan...tapi janji satu
> perkara dengan I ....janji yang, you mesti jumpa I dulu selepas keluar
> dari
> bilik pembedahan tu nanti. I nak U jumpa I dulu" Eikha...terus
> menyembamkan wajahnya di dadaku. Aku tahu dia sendiri tidak pasti dengan
> janjinya.
> "You pun janji juga yang you akan tunggu I kat luar" jawapan Eikha
> sudah cukup membuat hati aku separuh tenang.
> " Eikha..I ada sesuatu yang sepatutnya I ucapkan dua tahun yang
> lalu......Eikha ... I cintakan You dengan sepenuh hati dan diri I untuk
> you"
> aku membelai rambut Eikha....
>  "Thanks...Shah, I juga cintakan you...I benar-benar puas hati dapat
> dengar ucapan ini...."
>  Kami terus berpelukan sehinggalah jururawat masuk dan memindahkan
> Eikha di katil sorong untuk di masukkan ke wad pembedahan. Aku mengiringi
>  Eikha...sehingga dia masuk ke pintu wad pembedahan matanya terus
> merenungku...sempat dia menghadiahkan sebuah senyuman untuk untukku.
> Ah..Eikha..kerana senyuman itulah aku sering tercari-cari erti cinta di
> hatimu....Benar..Eikha benar-benar mengotakan janjinya. Sebaik sahaja
> menjalani pembedahan dia hanya sempat memandangku dan akhirnya dia
> menghembuskan nafasnya yang terakhir tanpa meninggalkan sebarang pesan dan ucapan
> buatku. Aku juga ditinggalkan dalam kebuntuan. Sehingga ke hari ini,setelah
> hampir sebulan aku mengunjungi pusaranya aku masih lagi buntu.
> Aku jadi hilang punca sehingga ku letakkan setiap kecacatan yang ada
> di bahu Imran. Ku tuduh Imran terlalu zalim membiarkan kami bermain dengan 
>  perasaan. Ku lemparkan dan kulambakkan setiap kemarahanku terhadap
> Imran sehingga akhirnya aku tertumbang di bahu sahabatku ini. Maafkan aku
>  Imran, aku tak mampu untuk ku kawal perasaanku sehingga aku jadi
> gila.....
>  Seminggu yang lalu aku telah mengambil semua gambar-gambar kami di
> Bilik Eikha, Dairy dan banyak lagi. Oh...Tuhan, Eikha terlalu banyak
> menyintaiku... sehinggakan tiket - tiket taman permainan Genting Highland
> yang pernah kami bertiga kunjungi pada tahun lepas di jadikan sebahagian
> gambar dalam albumnya. Sehinggakan sehelai kertas yang ku conteng dengan
>  tandatanganku dan menulis 'Eikha akan gemuk untuk 3 tahun lagi' di
> simpannya. Kad Raya biasa yang hanya ada chop syarikat dan gambar bangunan tempat ku bekerja di tampal dalam Album sehinggakan sampul duit raya yang
> terisi duit RM 1.00 di simpannya. Ku berikan padanya sebagai duit raya.
> Gambar kami di Lata Kijang sepatutnya hanya tiga keping menjadi
> berpuluh-puluh keping dengan pelbagai saiz di dalam satu Album. Dan bilaku
> buka buku cacatannya hanya yang ditulis setiap sms yang ku hantar padanya.
> Sedangkan aku sekeping pun gambar kami tidak ku ambil. Dan tiket-tiket
> tersebut telah ku buang ketika di pusat peranginan tu lagi. Dan setiap sms
> yang kuterima satu pun tidak ku ingati. Apatah lagi kad raya darinya aku
> sendiri tak tahu mana ku campakkan. Kejamkah aku????
>  Eikha...kiranya kau nyatakan Azammu ini....tentu kita bahagia
> sayang.... Dan sesungguhnya aku pasrah dengan apa yang 'KAU' ambil
> dariku......


* so sad .. act , aq dh smpn cter ni 2 thun n bjuta kali aq bce cter ni .. mnyentuh hatii doe !


(BY : FATIMAH RAFIEIE)

4 comments:

  1. sob sob . kalau lah ad prmpuan lg trok dari ny , mau x makan hati . haishh , buta ke laki tu ? HAHA ny yg nk mara ny .

    ReplyDelete
  2. lexx luuu .. ko mrh2 laki ni asl ? haha .. sabo2 .. aq phm .. hee :D

    ReplyDelete
  3. HAHA , x mara , geram je . rilex lah ny ngoksss !

    ReplyDelete